insha Allan Jumpa esok😊Posted @withregram • @tvalhijrah114 Buat julung kalinya, Assalamualaikum Edisi Khas membawakan ANUGERAH MASJID MALAYSIA, sebuah anugerah berprestij yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama TV AlHijrah selaku rakan penyiar rasmi.
ANUGERAH MASJID MALAYSIA akan disiarkan secara langsung di dalam rancangan Assalamualaikum pada Jumaat ini, 12 Mac 2021, jam 8 hingga 10 pagi dan Siaran ulangan Ahad, 14 Mac 9 Malam.
Siaran langsung ini akan disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri, (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama) YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Bin Shaary (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama), YBhg. Datuk Abdul Aziz bin Jusoh (Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Encik Namanzee Harris (Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHIjrah).